Tuesday, 12 April 2011

Senjakala 2011

Senjakala 2011
DDL
Genres : Horror, Romance
Release Date : 14 April 2011
Director : Ahmad Idham
Stars : Zahiril Adzim, Liyana Jasmay, Faezah Elai, Roslan Bin Saleh,
Aida Aris, Ruminah Sidek, Eizlan Yusof, Erin Malek,
Shahronizam Noor, Abu Bakar Juah, Kamal Adli,
Zed Zaidi, Nuremy Nadia
Storyline :-
Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya.
Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk
pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar
di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak
itu tidak pernah pulang semula ke sana.Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama
teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah
kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang
selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah
tersebut. Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh
misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang.
Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka.
Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya,
akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama
Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.Karlisa mulai
rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang
sejarah keluarganya sendiri.Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada
Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand
dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina.Rupa-rupanya,
Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa
dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand
yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut.
Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya
bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah
 tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan
suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka.Akibatnya, ayah Armand,
Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak,
mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang
dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak
dibatalkan.Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa
dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan
dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah
dan masih berada bersama-sama Karlisa.

No comments:

Post a Comment